Thursday, January 28, 2010

MASYARAKAT PENYAYANG

DEFINISI.
Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang (caring society) dan budaya penyayang. Y.A.B. Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling keluarga yang kukuh. Dengan kata lain, masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa. Setiap orang saling faham-memahami dan hormat menghormati iaitu yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda.

I) MATLAMAT MASYARAKAT PENYAYANG.
1. Memelihara maruah negara.
Pengwujudan masyarakat penyayang ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil kerana asas kestabilan sesebuah negara ialah terletak pada kestabilan masyarakatnya. Kestabilan masyarakat penting untuk kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Rakyat yang stabil dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental serta peka pada tanggungjawab bersama akan melahirkan negara yang aman dan harmoni. Kekuatan ini akan dapat mengelakkan negara menjadi mangsa pencerobohan kuasa-kuasa asing. Ini penting kerana penjajahan dalam zaman yang serba canggih ini bukan dilakukan melalui kekuatan tentera tetapi melalui kecanggihan sistem teknologi maklumat yang mereka miliki.

2. Mengekalkan nilai-nilai ketimuran.
Sejak dulu lagi masyarakat Malaysia memang terkenal dengan amalan nilai-nilai murni masyarakat timur seperti tolong-menolong, peramah, hormat-menghormati, bertimbang rasa serta bekerjasama.Apabila kedatangan kuasa barat ke negara ini, mereka telah memperkenalkan nilai dari barat seperti sifat angkuh, materialistik, individualistik dan penindas sehinggakan nilai-nilai murni yang sedia ada telah terhakis dan dilupai.. Pengenalan konsep masyarakat penyayang diharapkan akan dapat memupuk kembali nilai-nilai ketimuran yang semakin ditinggalkan.

3. Membentuk sebuah negara maju.
Dr Mahathir Mohammad menyatakan matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita sendiri bukan mengikut acuan negara maju yang sedia ada. Oleh itu matlamat Wawasan 2020 ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju dari segala segi iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang maju tetapi mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara. Keadaan ini akan membolehkan kerajaan memupuk tenaga dan wang untuk program-program pembangunan bukan mengatasi masalah-masalah sosial. Tanpa jiwa penyayang kita akan mengulangi kesalahan negara maju yang mengalami keruntuhan moral.


RASIONAL KONSEP MASYARAKAT PENYAYANG DIWUJUDKAN
II) MASALAH YANG WUJUD DALAM MASYARAKAT
1. Kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan.
Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini. Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu materialistik. Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan jiran-jiran.

2. Wujudnya pelbagai gejala sosial di kalangan remaja masa kini.
Pada masa kini terdapat pelbagai gejala sosial yang melanda masyarakat masa kini. Di kalangan remaja,gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak,bohsia, ponteng sekolah ,jenayah remaja dan merosakkan harta benda awam semakin berleluasa. Masalah ini perlu di atasi kerana ia boleh menggagalkan cita-cita Wawasan 2020. Jika diamati, gejala-gejala ini tidak akan wujud sekiranya setiap orang memainkan peranan untuk mengawasi, menasihati dan membetulkan tingkahlaku anak-anak remaja yang berada di hadapan mereka.

3. Wujudnya masalah pengabaian golongan tua.
Kehidupan masyarakat hari ini lebih mementingkan kakayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga. Gejala ini menyebabkan nasib warga tua tidak sebaik dahulu. Masyarakat kini bertanggapan bahawa orang tua tidak produktif, tidak berguna, membebankan dan banyak karenah. Malah ada yang sanggup membiarkan mereka hidup merempat dan mengemis. Keadaan ini wujud kesan daripada tiadanya nilai sayang menyayangi di antara satu sama lain di kalangan anak-anak, keluarga dan masyarakat.

4. Wujudnya masalah penganiayaan kanak-kanak.
Satu lagi gejala sosial yang semakin berleluasa di dalam masyarakat masa kini ialah masalah penganiayaan dan penderaan kanak-kanak. Gejala ini wujud kerana sudah tiadanya perasaan kasih sayang di kalangan ibu bapa dan penjaga. Anak-anak diseksa, dipukul, didera secara fizikal mahupun mental dan tidak kurang pula yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

5. Wujudnya kegiatan anti sosial yang berleluasa.
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum, budaya dan agama. Oleh itu tidak hairanlah wujudnya masalah prasangka antara mereka dalam kehidupan harian mereka. Malahan kita dapati terdapat setengah-setengah golongan anti sosial yang meniupkan api perkauman dengan niat jahat untuk memecah belahkan perpaduan yang sedia terjalin erat di kalangan masyarakat. Mereka ini kadang-kadang didalangi oleh pihak-pihak luar yang iri hati dengan kejayaan Malaysia. Oleh itu sifat toleransi, kerjasama, saling faham-memahami dan sayang kepada keamanan perlu dipupuk. Tanpa nilai-nilai ini akan mewujudkan suasana huru-hara dalam negara.

6. Pengabaian golongan cacat dan kurang bernasib baik.
Selain daripada masalah pengabaian golongan tua, satu lagi masalah ialah pengabaian dan diskriminasi terhadap golongan cacat dan kurang bernasib baik. Golongan ini sering dilabel sebagai mereka yang menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sesetengah daripada hak mereka telah dinafikan seperti mendapatkan pekerjaan, pendidikan dll.

7. Pemusnahan alam sekitar.
Sayang bukan sahaja tertumpu kepada manusia (makhluk bernyawa) semata-mata. Sifat sayang kepada alam sekitar adalah perlu. Apa yang jelas sekarang, ialah sikap ini tidak ada di kalangan masyarakat. Mereka sewenang-wenangnya memusnahkan alam sekeliling seperti hutan, pencemaran sungai, udara dll.Perbuatan ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk memulihkan keadaan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

8. Pemusnahan harta benda awam.
Kemudahan-kemudahan awam seperti telefon awam, perhentian bas awam, tandas awam, harta benda sekolah dll lagi sering menjadi mangsa pemusnahan. Pemusnahan ini bukan saja menyukarkan apabila diperlukan pada waktu-waktu kecemasan, tetapi kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membaik pulih kemudahan berkenaan. Selain itu sikap pembaziran harta benda kerajaan juga merupakan satu kerugian kepada kerajaan dan masyarakat.

CARA-CARA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG.
1. Peranan masyarakat.
Menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran, saudara-mara, rumah-rumah kebajikan pada hari-hari biasa atau pada hari-hari perayaan. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka Mereka juga perlu mengamalkan sikap pemurah, ikhlas dan sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan tenaga untuk golongan ini.

2. Peranan syarikat swasta.
Pihak -pihak swasta pula perlu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan cacat supaya mereka memperolehi sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Sikap diskriminasi perlulah dikikis. Pihak syarikat boleh menghantar kerja-kerja atau barang-barang yang hendak disiapkan ke rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat pemulihan, rumah orang-orang tua dll. supaya tidak mendatangkan masalah kepada golongan ini untuk ke tempat kerja.




3. Peranan kerajaan.
Tanggungjawab kerajaan bagi membantu golongan tua dan cacat ini ialah dengan memberi bantuan bulanan kewangan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi golongan yang tidak mempunyai saudara-mara dan tidak mempunyai tempat tinggal, kerajaan telah menyediakan rumah orang- orang tua, pusat pemulihan akhlak dan pusat orang-orang cacat. Selain itu kerajaan juga melaksanakan dasar-dasar tertentu untuk menerapkan budaya penyayang di kalangan masyarkat seperti "Penerapan Nilai-Nilai Islam, kempen-kempen melalui media massa seperti program "Keluarga Bahagia", "Kampungku", 'Cintai Sungai Kita" dll. Kerajaan juga telah mengadakan undang-undang untuk membendung perbuatan-perbuatan yang tidak baik seperti Akta Perlindungan Kanak-Kanak, Akta Kualiti Alam Sekeliling dll.

4. Peranan Badan-Badan Sukarela dan Agensi Sosial.
Badan-badan sukarela (NGO) juga mempunyai peranan penting dalam menyemaikan budaya penyayang ini. Badan-badan seperti Kelab Leo, Kelab Rotary dan Kelab Interact merupakan beberapa badan sukarela yang telah bergerak secara aktif dalam membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Selain daripada menghulurkan bantuan kewangan dan pakaian, mereka juga mengadakan lawatan untuk beramah mesra dengan golongan-golongan ini supaya mereka tidak berasa tersisih dari masyarakat.

5. Peranan Keluarga.
Asas yang paling kukuh untuk membina budaya penyayang ialah institusi keluarga. Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang di dalam keluarga yang bahagia akan membesar sebagai individu yang berlualiti. Anak-anak ini akan mewarisi sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni dari ibu bapa mereka. Kempen konsep "Keluarga Bahagia", "Rumahku Syurgaku" diharapkan dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab.

6. Sistem Pendidikan.
Bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang, ia boleh dilakukan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah memasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam ,Alam dan Manusia dan Lukisan nilai-nilai murni yang perlu ada pada individu. Selain itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan nilai-nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Misalnya semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan Badan Kebajikan di sekolah-sekolah juga merupakan satu lagi pendekatan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang mana fungsi badan ini ialah untuk membantu golongan yang susah dan bermasalah.

Monday, November 9, 2009

SUMBER KEWANGAN KERAJAAN
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sumber-sumber hasil yang terpenting kepada Kerajaan Persekutuan.

KERAJAAN PERSEKUTUAN.
Sumber-sumber kewangan utama kerajaan Persekutuan ialah:
a. cukai pendapatan individu dan korporat
b. cukai jalan
c. bayaran lesen dan permit
d. bayaran denda dan hukuman
e. duti harta pesaka
f. duti setem
g. duti atas keuntungan hartanah
h. duti eksport, import dan surtax (cukai tokok atau tambahan)
i. duti eksais ( barang yang dikeluarkan dan dijual dalam negeri)
j. jualan dan pendapatan daripada sumber petroleum berbentuk royalti
k. faedah pelaburan.

Segala hasil dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan Persekutuan dan dibelanjakan mengikut Undang-Undang Perbekalan yang diluluskan setiap tahun (Pembentangan Belanjawan Tahunan di Dewan Rakyat ).


KERAJAAN NEGERI.
1. Secara umum Kerajaan Negeri bergantung kepada sumber kewangan Kerajaan Persekutuan .

2. Secara purata, kira-kira satu per empat daripada hasil Kerajaan Negeri datang dari pemberian Kerajaan Persekutuan. Dua jenis pemberian yang wajib diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri iaitu:
a. pemberian mengikut bilangan orang
b. pemberian mengikut kepanjangan jalan raya.

3. Menurut Perkara 110 Perlembagaan Persekutuan (Jadual ke-10), sumber hasil yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri ialah:
a. hasil dari kedai tuak (arak)
b. hasil dari tanah, lombong dan hutan
c. hasil dari lesen-lesen (kecuali lesen kereta dan pendaftaran perniagaan) d. duti hiburan
e. bayaran dalam mahkamah (kecuali mahkamah persekutuian).
f. denda dan rampasan dalam mahkamah (kecuali mahkamah persekutuan)
g. bayaran perkhidmatan dan jabatan-jabatan Kerajaan Negeri
h. hasil sewa harta benda kerajaan
i. terimaan mengenai bekalan air
j. zakat, fitrah dan baitulmal
k. harta karun
l. faedah pelaburan.

HASIL TAMBAHAN BAGI KERAJAAN NEGERI SABAH DAN SARAWAK IALAH:
a. duti import dan eksais atas petroleum
b. duti eksport balak dan hasil hutan
c. cukai jualan negeri
d. 30% hasil kastam selagi KN bertanggungjawab terhadap perbelanjaan kesihatan
e. bayaran daripada pelabuhan
f. bayaran lesen membawa penumpang /barang mengikut jalan darat.

4. Punca hasil kerajaan negeri yang lain ialah:
a. pemberian Kerajaan Persekutuan
b. pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan
c. pinjaman daripada bank dengan syarat tempoh bayar balik tidak lebih lima tahun.

Segala hasil Kerajaan Negeri akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri.










PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN 1 (NEGERI, AGAMA, UNDANG-UNDANG )
Perkara 3- Agama Persekutuan.
Agama Islam adalah agama Persekutuan atau agama rasmi. Agama-agama lain boleh diamalkan secara aman. YDPA merupakan ketua agama bagi negeri baginda, negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Raja-Raja menjadi ketua agama bagi negeri masing-masing. Setiap individu berhak menganut dan mengembangkan agama mereka, namun terdapat larangan bagi orang bukan Islam menyebarkan agama mereka ke atas agam Islam.

BAHAGIAN 2 (KEBEBASAN ASASI)
Perkara 5 : Kebebasan Diri
Tiada siapa boleh diambil nyawa kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditangkap diberitahu sebabnya dan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam.

Perkara 6: Pengabdian dan kerja paksa
Tiada siapa boleh ditahan sebagai abdi dan dilarang kerja paksa kecuali hukuman di penjara. W/b/pun parlimen boleh membuat undang-undang kerahan .

Perkara 7: Perlindungan undang-undang.
Tiada sesiapa boleh dihukum tanpa disabitkan kesalahan di sisi undang-undang dan tiada siapa boleh dibicarakan semula dengan tuduhan yang sama setelah dibebaskan kecuali dengan perintah mahkamah

Perkara 8: Kesamarataan Undang-Undang.
Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama melainkan dibenarkan oleh perlembagaan seperti Perkara 153

Perkara 9: Kebebasan bergerak dan larangan buang negeri.
Tiada seorang pun boleh dilarang buang negeri atau dilarang masuk persekutuan kecuali menurut undang-undang.

Perkara 10: Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Setiap warganegara bebas bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan namun parlimen boleh mengenakan sekatan.

Perkara 11: Kebebasan beragama.
Setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanyanya namun terdapat undang-undang negeri yang menyekat penyebaran agama lain kepada orang beragama islam.

Perkara 12: Hak Pelajaran
Bebas mendapatkan pelajaran dan tiada dibezakan dalam menyediakan kemudahan pelajaran kecuali selaras dalam Perkara 153.

Perkara 13: Hak terhadap harta.
Tidak boleh diambil harta dengan paksa kecuali menurut undang-undang dan jika diambil perlu dibayar pampasan yang setimpal.

SEKATAN KEBEBASAN ASASI
Walaupun terdapat jaminan kebebasan dan hak asasi rakyat, namun terdapat undang-undang yang dianggap boleh menyekat hak asasi tersebut iaitu:
1. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Boleh menahan seseorang individu tidak lebih dari 2 tahun tanpa perbicaraan jika ia dianggap boleh mengancam keselamatan negara.

2. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
Melarang pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi terlibat dalam politik

3. Undang-Undang Subversif
Melarang perbuatan subversif, tindakan keganasaan dan sebagainya yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

4. Undang-Undang Darurat
Kerajaan berkuasa mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan

5. Akta Hasutan
Melarang ucapan yang menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, kedudukan agama Islam, bahasa dan kedudukan raja-raja.

6. Akta Mesin Cetak.
Badan-badan penerbit tidak dibenarkan menerbitkan atau mengungkit isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara

7. Akta Rahsia Rasmi.
Tidak boleh membocorkan rahsia-rahsia kerajaan.

8. Akta Imigresen 1963
Mengawal kemasukan rakyat Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

BAHAGIAN 3: KEWARGENEGARAAN
Cara Pemerolehan Kewarganegaraan
1. Kuatkuasa Undang-Undang (Per14)
- lahir sebelum Hari Malaysia 16 Sept 1963 dan seorang warganegara Persekutuan.
- lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan ibu bapa warganegara atau pemastautin tetap.

2. Melalui Pendaftaran (Per 15).
- isteri dan anak warganegara. Syarat setelah bermastautin 2 tahun
- sesiapa berumur bawah 21 tahun dan salah seorang daripada ibu bapa warganegara.
- orang yang lahir dalam Persekutuan sebelum Hari Malaysia
- orang yang bermastautin di mana-mana negeri Malaysia Timur pada Hari Malaysia.

3. Melalui Masukan /Naturalisasi (Per 19)
- seorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan w/negara.
-Syarat telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan.

4. Melalui Percantuman Wilayah. (Per 22)
- bila sesebuah wilayah menyertai Persekutuan.

Cara Penamatan Kewarganegaraan
1. Melalui Penolakan.(Per 23)
-Seseorang berumur 21 tahun ke atas dan telah menjadi w/negara lain. -Diperakui oleh kerajaan. Semasa peperangan penolakan tidak akan diterima .

2. Melalui Perlucutan.(Per 24)
- didapati tidak setia kepad negara.
- menderhaka semasa peperangan - membuat kenyataan palsu semasa permohonan.
- mereka yang memperolehi w/negara secara pendaftaran dan dalam tempoh lima tahun dari tarikh didaftarkan telah dijatuhkan hukuman penjara lebih satu tahun atau denda lebih RM5,000 dan tidak diampunkan.

BAHAGIAN 12- AM DAN PELBAGAI
Perkara 152- Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu . Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan-urusan kerajaan. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan dalam majlis-majlis tidak rasmi atau waktu pembelajaran. Bahasa Inggeris dibenarkan penggunaannya dalam hal-hal hubungan luar negara, laporan Lembaga Hasil Dalam Negeri, pengajaran bidang perubatan, sains dan teknologi dan latihan oleh pakar-pakar asing.

Perkara 153- Hak Istimewa (kuota)
Adalah menjadi tanggungjawab YDPA memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. Hak istimewa ini meliputi aspek jawatan dalam mperkhidmatan awam, biasiswa, pengeluaran lesen dan permit dan kuota kemasukan ke universiti.

Thursday, September 10, 2009

JENAYAH JUVANA

A)Masalah Juvana
Delinkuensi juvana adalah sejenis pemberontakan individu remaja dengan menunjukkan laku agresif terhadap pihak berkuasa, bertindak ganas dan devian sebagai tindak balas kemarahan dan kekecewaan dan mempunyai keinginan mendera orang lain atau menghukum. Masalah penjenayahan remaja menimbulkan kebimbingan masyarakat.

B)Konsep-Konsep penting.
1.Zaman remaja ialah tahap perubahan yang kompleks daripada pergantungan kepada kebebasan diri. Ia merupakan proses mencari dan menilai diri, mencari identiti dan cuba menempatkan diri dalam kelompok tertentu.

2.Remaja mengikut takrif undang-undang negara ialah orang muda yang telah mencapai umur 14 tahun dan di bawah umur 18 tahun. (Seksyen 2 Akta Mahkamah Juvana 1947, (Disemak 1972).

3.Jenayah boleh ditakrifkan berdasarkan 2 set norma iaitu pertama, jenayah ialah salah disisi undang-undang dan kedua, jenayah ialah salah dari segi kod moral dalam sesuatu budaya masyarakat.

4.Jenayah remaja (juvana) ialah perbuatan-perbuatan yang salah dari sisi undang-undang serta bertentangan dengan nilai moral yang dilakukan oleh belia yang berumur di bawah 21 tahun.

C) Punca-Punca Berlaku Jenayah Remaja.
1. Kekurangan pekerjaan dan pengangguran.
2. Kepincangan ekonomi rumah tangga.
3. Pergaulan atau perubahan sosial di kalangan remaja
4. Pengaruh media massa.
5. Kelemahan sistem sokongan dalam masyarakat.
6. Masalah peribadi remaja sendiri.

D) Strategi Untuk Menangani Masalah Jenayah Juvana.
1. Undang-Undang.
a). Akta Mahkamah Juvana 1947 (Disemak 1972)
b). Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973
c). Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.
2. Peranan Remaja Sendiri.
3. Strategi Polis
4. Peranan Masyarakat.
5. Peranan Ibu Bapa.
6. Peranan Media Massa.
7. Peranan Agensi Pendidikan.

E) Kesimpulan.
Juvana adalah golongan sensitif dan adalah menjadi peranan semua pihak untuksama-sama membentuk dan membimbing mereka agar menjadi orang yang berguna. Masalah kerosakan akhlak yang semakin meningkat dewasa ini adalah berkait rapat dengan kecuaian dan kegagalan iibu bapa melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak.

KAD KREDIT DALAM KEHIDUPAN

SEJARAH KAD KREDIT.
Di Malaysia, kad kredit mula diperkenalkan pada tahun 1961. Kad ini dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kad kredit yang terkenal di seluruh dunia yang boleh digunakan di mana sahaja seperti Visa Card, Master Card, American Express, Diners Club dan lain-lain lagi. Kina penggunaannya semakin meluas. Selain daripada kad-kad yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kad yang terkenal, kini ada kad-kad yang dikeluarkan oleh organisasi-organisasi persendirian seperti Maybank, Parkson, Mun Loong dll untuk kegunaan pelanggan mereka sahaja.

B)JENIS-JENIS KAD KREDIT
1.Kad Caj.
2.Kad Kredit Bank.
3.Kad Kredit Khas.
4.Kad Diskaun.

C)KEBAIKAN KAD KREDIT.
1.Kemudahan kredit.
2.Perlindungan insuran.
3.Keselamatan lebih terjamin.
4.Mudah disimpan .

D)KEBURUKAN KAD KREDIT.
1.Menggalakkan pengguna berhutang.
2.Menyemaikan sikap boros.
3.Meningkatkan kadar inflasi.
4.Kadar faedah yang tinggi.
5.Penipuan kad kredit.
6.Tekanan akibat hutang.
7.Mendedahkan identiti pengguna.

E)LANGKAH- LANGKAH KAWALAN.
1.Undang-undang.
a) Bagi pemegang kad.
b) Bagi pengeluar kad.
2.Kempen kepada pengguna.

F)KESIMPULAN.
Amalan suka berhutang melalui penggunaan kad kredit perlu dicegah. Apa yang membimbangkan ialah masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang suka berhutang dan mengikut gaya hidup yang tidak setara daripada kemampuan mereka.

Soalan latihan.
1.Penggunaan kad kredit secara berleluasa merupakan penyumbang kepada masalah inflasi. di negara ini. Sejauh mana penyataan ini benar.